Wednesday, September 30, 2009

Tweet Tweet



Sebenarnya, aku dah lama dah ada akaun Twitter ni. Sejak Februari 2009 tapi aku jarang update status dekat situ. Tak berapa reti nak tweet. Padahal Twitter ni dah lama dah dicipta. Ramai yang cakap Twitter ni lagi best daripada Facebook.

Segala berita terkini atau apa-apa gosip terbaru, orang dekat Twitter yang paling cepat dapat info. Yang lagi best artis-artis tweet sendiri dekat Twitter. Tapi, disebabkan aku ni agak ketinggalan, aku takdelah rasa Twitter ni best sangat masa mula-mula guna. Heee.


Kalau curious nak tahu siapa yang unfollow kita, check lah dekat who.unfollowed.me.

Dan sejak aku tahu yang Twitter boleh diupdate guna SMS, aku jadi suka pulak nak selalu update status dekat situ. Haha. Murah pun murah. Update guna SMS, salah satu caranya update tweet via gladlycast, dan satu lagi cara adalah tweet via TXT.

Aku mampu tweet pakai SMS jelah. Maklumlah, mana mampu pakai smartphone. Wuwu. Teringin juga nak pakai Blackberry satu hari nanti. Ada ramai blogger yang dah buat banyak gila tutorial pasal Twitter ni. Cuba tengok kat blog Justkhai dan Saffawati. :)



Ramai orang suka tweet via web. Tapi aku lagi suka tweet via Tweetdeck. Kadang-kadang aku tweet via Chromed Bird untuk Google Chrome dan guna Echofon untuk Mozilla Firefox. Tapi ikut keselesaan jugak lah. Mana-mana pun okay je sebenarnya kan. :)

Dan, pasal Twitter ni, ada masalah sikit untuk orang yang protect akaun Twitter dia. Contohnya aku protect akaun aku dan aku follow HanisZalikha. Maknanya, Hanis cuma boleh baca mention aku kepada dia kalau dia follow aku balik. Adalah mustahil Hanis nak follow Twitter aku, jadinya kalau aku nak bagi Hanis baca mention aku, aku tak boleh lah protect akaun Twitter aku.

Untuk orang yang tak protect akaun memang tak ada masalah untuk siapa baca. Tapi kadang-kadang, setengah orang nakkan privasi. Tak salah pun nak protect akaun tu.


Dan satu benda lagi yang tak best pasal Twitter adalah untuk orang yang hyper bertweet di situ. Dalam 1 jam, cuma ada 350 API untuk seorang user tu. So, kalau dia dah terlebih tweet dalam 1 jam, dia akan kena limit. Serius tak best kena limit. Tak boleh nak tweet atau reply mention. Cuma boleh DM saja.

Kalau kena limit bila tweet via web, dia akan keluar gambar paus. Kalau via lain-lain, dia akan keluar error je. Jadinya, janganlah hyper sangat sampai kena limit ye? Tak best tahu. Kalau tak percaya, try lah kena limit sekali. Sure geram je. Hihi. :)

Apa-apa pun, Twitter is the best. Rugi tahu siapa yang tak ada akaun Twitter. Hihihi. Happy Tweeting. =)



Sunday, September 20, 2009

Pergi Solat Sunat Hari Raya Tapi Tak Dengar Khutbah Raya






SHR. MZB. 0-0 YE.

Itu saja ucapan untuk semua. Hehe. Maafkan aku atas segala apa yang aku "ter" lakukan sepanjang perkenalan kita. Maaf lagi sekali atas kesombongan aku di dunia blog ni. Tiada manusia yang sempurna. Walaupun sekadar ucapan maaf rasanya tak mencukupi untuk menutup salah, tapi harapnya diampunkan ye. :)

Pagi raya memakai baju kurung berwarna ungu. Baru beli malam tadi. Raya kali ni pun biasa-biasa je. Meriah dengan makan-makanan dan badak badek yang pulang beraya bersama dengan anak-anak diorang.

Setiap tahun, aku tak pernah miss solat sunat hari raya kecuali kalau terpe'od tu apa aku boleh buat kan. Aku sebenarnya musykil sikit setiap kali raya menjelma. Kan ke setiap tahun ada 2 kali solat sunat raya, untuk Eid Fitri dan Eid Adha.

Apa yang aku perasan setiap kali, habis je Imam baca doa, ramai orang terus salam-salam, dan chow. Tinggal cuma separuh je dalam masjid tu yang tunggu untuk dengar khutbah raya. Yang lain tu semua dah tak menyempat-nyempat dah nak pergi kutip duit raya ke hape entah. Yang selalu buat macam ni selalunya budak-budak lah. Orang tua pun ada jugak. Bukan ke khutbah tu salah satu rukun solat raya? Kalau tak rukun pun, apalah salahnya dengar khutbah setahun sekali. Bukan selalu nak datang solat jemaah pun kan?

Sama jugak macam solat Jumaat. Kena dengar 2 khutbah baru lengkap rukun kan? Tapinya, selalu aku tengok lelaki-lelaki yang pergi solat Jumaat lambat gila, khutbah pun tak dengar. Macam mana lah tu kan? Haih, Musykil betul. Biarlah diorang kan.

Dan satu lagi isu, kalau hari raya jatuh pada hari Jumaat, orang kata solat Jumaat tu dah jadi antara sama ada kalau kau buat, bagus dapat pahala. Kalau tak buat pun tak apa sebab dah solat raya.

Tapi pendapat yang sebenarnya aku tak tahulah. Itu kena tanya pakar agama. Bagi aku, apa salahnya buat 2-2. Bukan selalu nak cari pahala lebih kan? Ramadhan pun dah habis apa salahnya.

Apa- apapun, ayuh kita bermaaf-maafan. Selamat beraya. Selamat memberi duit raya kepada yang layak menerima. Hehehe.







Wednesday, September 16, 2009

1Malaysia Malingsia

Layan lagu Siti Nurhaliza - Ketika Cinta


Aku letak lagu ni sebabnya Siti dari Malaysia dan pelakon-pelakon cerita Perempuan Berkalung Serban ni pulak dari Indonesia. =)

Hari ni 16 September, bermakna sudah 46 tahun penubuhan negara ni. Tapi tak disambut macam Hari Merdeka. Aku rasa tarikh hari ni pun penting jugak. Pak Najib taknak bagi cuti ke? Hehe.

Isu panas dalam kebanyakan blog sekarang ialah pasal isu Indonesia mahu ganyang Malaysia, mahu sweep orang Malaysia dari negara tu dan Malaysia ialah maling, sebab tu dipanggil Malingsia kerana tiada identiti original disebabkan banyak yang diciplak. Dah lama dah isu ni. Sejak dari tahun 2007 kalau tak silap. Tapi sekarang makin menjadi-jadi pulak.

Bagi aku, entahlah. Ada pro dan kontranya. 2-2 ada kelemahan, 2-2 ada kebaikan tersendiri. Bila difikirkan balik, rasa macam tak patut je nak bergaduh sesama saudara seMuslim. Kita dan mereka dari rumpun yang sama. Syaitan dan Yahudi boleh berpesta je la bila tengok Islam sendiri pun berpecah belah dan berperang sesama sendiri. Tak logik lah nak bergaduh pasal hal ni.

Kalau betul pun diorang nak serang Malaysia, tak perlulah rakyat Malaysia yang terlebih concern ni nak balas balik dengan cara yang serupa. Diorang maki, Malaysia pun balas maki-maki. Sampai bila nak habis? Lagipun, orang yang suka nak bergaduh dan mencarut-carut ni selalunya dari golongan yang IQ-nya rendah saja.

Dalam erti kata lain, orang yang berpelajaran takkan buat macam ni. Tak kisah lah dari bangsa apa sekalipun. Orang Melayu yang ber-IQ rendah sendiri pun banyak yang memalukan. Pelajar Indonesia dekat UIA ni semua baik-baik je aku tengok. Penatlah bergaduh berentam semua ni.

Marilah bermaaf-maafan sempena raya yang bakal menjelang ni. Okey? :)

1Malaysia pun ada banyak isu jugak sekarang. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tu boleh pakai ke? Kenapa setiap PM baru perlu ada tema masing-masing? Dulu Wawasan 2020, Islam Hadhari dan sekarang 1Malaysia. Ok. tak kisahlah nak ada tema masing-masing tapi pastikanlah perlaksanaannya tercapai. Jangan hangat tahi ayam je. Dah pencen nanti, projek pun terbengkalai.

Dan berhati-hatilah Pak Najib dengan 1Malaysia mu ini. Kaum lain yang juga penduduk Malaysia akan claim hak yang sama dengan orang Melayu. Macam tu, barulah betul namanya 1Malaysia. Hak istimewa orang Melayu yang disebut dalam  perlembagaan tu, kena tengok-tengok balik, mungkin kena ammend kot lepas ni. Amacam? Trapped.

Harapnya kedua-dua isu ni akan selesai untuk keamanan bersama, TAMMAT.=D

Tuesday, September 15, 2009

In AIKOL's Female Toilet


This is vandalism.
International student vs Malaysian student.
In the toilet.
And I don't have idea, why did I snapped all those pictures. Haha.
Maybe because they're interesting.
Don't you think so?


LOL. :D

Have M'sians never heard of a dry toilet?

Ever heard of the word "assimilate"?

Shut up! We use water, haven't you noticed?
If you prefer "tissues", then make your own toilet!


That just goes to show how lazy n dirty you are!

Bet your butt is shit-crusted


We've heard, but, we're not interested


Well said.
I'd go gay for you

Baseless accusation.
Show me a proof that using tissue alone is cleaner than using water.


*******************************
THE END. HUHU.

MyEm0.Com

Wednesday, September 9, 2009

Trend Lelaki Macho - Janggut Tanpa Misai


Hari ni tarikh tercantik untuk tahun ni iaitu 090909. Tapi aku takde cerita apa-apa yang menarik pun untuk tarikh ni. Tak kisah lah. Lepas ni tunggu 20hb pulak. 20/09/2009 cantik jugak kan?


Apa yang aku perasan sekarang ni, ramai betul lelaki yang suka simpan janggut tanpa misai. Tak tahu lah trend ke apa kan. Tapi macam best je aku tengok. Macam ada daya tarikan je orang yang simpan janggut seciput ni. Hihi. Suka tengok asalkan janggut tu tak berserabut. Heeeee. Ikut sunnah ke atau ikut trend artis-artis di Malaysia ni?

Aku pernah dengar 1 hadis, tapi tak pasti hadis yang mana satu, sahih ke tidak, pasal Nabi Muhammad ada melarang umatnya menyimpan janggut yang meyerupai Yahudi. Hmm, janggut yang menyerupai Yahudi tu macam mana lah  ye? Janggut tanpa misai atau janggut dan misai dan jambang? Heee. Entahlah kan.

Ini semua gambar artis berjanggut ciput tanpa misai credit kepada Google Image Search. :)


Hehehe. Cuci mata sikit. :P