Wednesday, September 30, 2009

Tweet Tweet



Sebenarnya, aku dah lama dah ada akaun Twitter ni. Sejak Februari 2009 tapi aku jarang update status dekat situ. Tak berapa reti nak tweet. Padahal Twitter ni dah lama dah dicipta. Ramai yang cakap Twitter ni lagi best daripada Facebook.

Segala berita terkini atau apa-apa gosip terbaru, orang dekat Twitter yang paling cepat dapat info. Yang lagi best artis-artis tweet sendiri dekat Twitter. Tapi, disebabkan aku ni agak ketinggalan, aku takdelah rasa Twitter ni best sangat masa mula-mula guna. Heee.


Kalau curious nak tahu siapa yang unfollow kita, check lah dekat who.unfollowed.me.

Dan sejak aku tahu yang Twitter boleh diupdate guna SMS, aku jadi suka pulak nak selalu update status dekat situ. Haha. Murah pun murah. Update guna SMS, salah satu caranya update tweet via gladlycast, dan satu lagi cara adalah tweet via TXT.

Aku mampu tweet pakai SMS jelah. Maklumlah, mana mampu pakai smartphone. Wuwu. Teringin juga nak pakai Blackberry satu hari nanti. Ada ramai blogger yang dah buat banyak gila tutorial pasal Twitter ni. Cuba tengok kat blog Justkhai dan Saffawati. :)



Ramai orang suka tweet via web. Tapi aku lagi suka tweet via Tweetdeck. Kadang-kadang aku tweet via Chromed Bird untuk Google Chrome dan guna Echofon untuk Mozilla Firefox. Tapi ikut keselesaan jugak lah. Mana-mana pun okay je sebenarnya kan. :)

Dan, pasal Twitter ni, ada masalah sikit untuk orang yang protect akaun Twitter dia. Contohnya aku protect akaun aku dan aku follow HanisZalikha. Maknanya, Hanis cuma boleh baca mention aku kepada dia kalau dia follow aku balik. Adalah mustahil Hanis nak follow Twitter aku, jadinya kalau aku nak bagi Hanis baca mention aku, aku tak boleh lah protect akaun Twitter aku.

Untuk orang yang tak protect akaun memang tak ada masalah untuk siapa baca. Tapi kadang-kadang, setengah orang nakkan privasi. Tak salah pun nak protect akaun tu.


Dan satu benda lagi yang tak best pasal Twitter adalah untuk orang yang hyper bertweet di situ. Dalam 1 jam, cuma ada 350 API untuk seorang user tu. So, kalau dia dah terlebih tweet dalam 1 jam, dia akan kena limit. Serius tak best kena limit. Tak boleh nak tweet atau reply mention. Cuma boleh DM saja.

Kalau kena limit bila tweet via web, dia akan keluar gambar paus. Kalau via lain-lain, dia akan keluar error je. Jadinya, janganlah hyper sangat sampai kena limit ye? Tak best tahu. Kalau tak percaya, try lah kena limit sekali. Sure geram je. Hihi. :)

Apa-apa pun, Twitter is the best. Rugi tahu siapa yang tak ada akaun Twitter. Hihihi. Happy Tweeting. =)



12 comments:

  1. poyo btol org yg ckp sape update fb byk2 tu anoyying...kalo die xske xpyh la pkai fb...ad ak kesah die annoy ke x...hahaha...kite nak update ske hati la...haha...bukan habiskan duit die pon...ko soh org tuh tutup je sumer akaun yg die ade...keh3...

    ReplyDelete
  2. ouh dari twit bleyh turun ke fb...hmm.nak try ar.lalala

    ReplyDelete
  3. laksa penang ke laksa kuala kangsar?

    ReplyDelete
  4. hak masing2
    buat pe nak takut kan?

    ku brutang dengan kamu rm30 dan satu menara

    ingat tu!

    ReplyDelete
  5. .hee tau xpe
    .best twitter ni
    .sis pun bru je start gune last month pdhal da lame reg hehe

    ReplyDelete
  6. tweettt..twetttt...dh mcm bunyi ngurat plak

    ReplyDelete
  7. erm ..
    mcm penah baca je blog yang marah2 sbb asik tkr2 status fb tuh.
    hahahaa

    ReplyDelete
  8. alerr.. sukatila masing2 nak updet ke tanak. nak nnoy buat ape, buat sakit ati seniri je kan.
    hahaha..
    [bekap untuk org yg ske updet fb]

    keke..

    ReplyDelete
  9. Hehe! Saffa suka giler update status Twitter terus update kat Facebook pakai SMS nih. Biar lah kalau orang rasa annoying pun. XD Hahaha.

    ReplyDelete
  10. macam tu la mudah...hehehe.sebab aku update twitter guna sms..kalo xleh nak online...secara automatik terupdate la facebook.huhu...

    actully leh filter update twitter supaya bukan semua masuk facebook.

    ReplyDelete
  11. Takde ape ape nak cakap. Sebab dah "ditolong" cakapkan oleh komen yang pertama tu (Qaseh Damia)

    Thanks for linkback ya! keep on blogging and twitter! caiyok!

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)