Saturday, May 29, 2010

A World Date with Kim Beom



Hari tu bila entah aku tengok dekat Channel 303-KBSW rancangan A World Date with Kim Beom yang mana ada 5 gadis bertuah seluruh Asia terpilih untuk spent 4 hari 3 malam di Pulau Jeju bersama Kim Beom yang macam wow best gila. *fainted*

Malaysia - Nadira Hanum Binti Akbar Syah (NADIRA)
Philippines - Bianca Gonzalez (BIANCA)
Singapore - Ho Ruo Yun (REI)
Thailand - Sasiwimon Buranabanyat (OBBIE)
Vietnam - Tran Thi Mong Thuong (THUONG)

Thuong-Nadira-Rei-Bianca-Obbie

Kenapa mereka berlima terpilih? Sebab semua syarat yang ada dipenuhi.

1. Seorang perempuan
2. Umur lebih 20 tahun
3. Boleh berbahasa Inggeris
4. Tinggal dalam lingkungan kawasan Asia
5. Dapat fitkan masa dengan program 4 hari ni
6. Yang paling penting, peminat Korea dan Kim Beom

Yang aku peliknya, tak ada pun syarat boleh berbahasa Korea. Lepastu Kim Beom pulak tak cakap sepatah pun dalam English. Faham pulak diorang ni. Woooo, nak belajar bahasa Korea. T_T Lepastu Kim Beom ni macam comel gila sebab dia nampak malu-malu masa mula-mula nak jumpa gadis berlima ni. Haha.

Kim Beom pegang watak So Yi Jung dalam cerita Boys Over/Before Flowers kalau kau tak tahu lah

Sang-beom Kim @Kim Beom
7 July 1989 (Cancer)
Birthplace: South Korea
High School: Kyungbock High School
University: Chung-Ang University
181 cm
62 kg

Ini masa Day 1: Kim Beom masakkan omelet untuk gadis berlima tu lepastu Nadira dapat yang special punya sebab dia tak boleh makan pork. Gila baguslah Kim Beom ni sangat memahami.

Inilah Nadira from Malaysia with Kim Beom. OMG i'm so jealous. T_T

Ini naik cable car dekat Genting rasanya, eh tak tak, dekat Mount Siarra. Theehehe.


Dalam ramai-ramai ni, nampaknya Bianca yang paling sporting. :D


pajama's partayyy

pictures credit to http://www.allkpop.com/2010/04/preview-of-world-date-with-kim-bum


Day 1 
Mula-mula interview dekat KBSW studio dan Kim Beom datang buat surprise menyamar jadi photographer. Lepastu diorang pergi bagi makan biri-biri (sheep), main layang-layang dengan Kim Beom. Lepastu Kim Beom nak masak untuk diorang berlima, so, dia beli bahan-bahan nak buat omelet. Ada surprise untuk gadis berlima tu, diorang dapat patung singa yang dirakamkan suara Kim Beom dalam perut patung tu. Best gila.

Day2
Diorang pergi naik cable car lepas tu pergi Yang Yang tempat pottery macam dalam cerita BOF tu. Malam pulak diorang bersuka ria dengan Kim Beom sambil berpijama.

Day 3
Diorang pergi Nami Island dan main basikal eletrik.

Day 4
Naik cruise dengan Kim Beom. Diorang dapat rantai dan buku gambar-gambar diorang sepanjang 4 hari. Memang mengujakan betul.


Ini video dari KBS World. Enjoy.