Thursday, December 9, 2010

Masalah Orang Suka Perasan Muda

Kalau sesiapa pernah terbaca entri aku pasal 5 blogger kegemaran di atas, mesti korang dah tahu yang aku pernah terperasan muda dengan Iz dan Awin dekat entri diorang. Malu jugak bila diingat-ingat balik. Boleh pulak aku bantai panggil diorang kakak. Hehek.

Tapi seriuslah, masa awal-awal berblog dulu, bila pergi berblog-walking je, mesti rasa macam owner blog tu lagi tua dari aku. Itu pasallah ringan je rasa nak panggil orang kakak. Sebabnya aku rasa diorang tu sangat matang dalam penulisan diorang. Bukan macam aku ni. Macam hampeh je tulis. Sebab tu sampai ada orang yang masuk blog ni, ingat aku masih budak sekolah yang tulis blog. LOL.

Tapi kan, aku ingat aku sorang je yang ada masalah perasan muda ni. Rupanya ada jugak orang lain yang mengalami nasib yang sama. Hehek. Tak percaya tanya Ayie. Tolonglah terima hakikat diri dah tua umur dah puluh-puluhan. Sekarang ni aku lebih berhati-hati sebelum tebak umur orang. ;)

FB Ayie
Tapi kan, penting ke nak tahu umur seseorang? Kalau korang masuk blog ni, korang check ke umur aku berapa? Kalau aku sendiri, bila pertama kali masuk blog orang, benda pertama yang aku akan buat, cari link facebook. Lepastu aku korek entri pertama diorang. Selalunya macam tulah. Aku memang curious nak tahu nama sebenar dan umur orang. Heh.

Kalau dalam dunia nyata pulak, dengan saiz badan yang special ni, memang selalu lah orang-orang buat aku terperasan muda. Tambah-tambah part kena ngorat dengan budak sekolah. Bila berjalan dengan kakak aku pulak, orang ingat aku anak. Pergh. Bukan aku yang sengaja nak perasan muda. ;p

Tapi kan, selalunya aku terperasan muda ni dengan blogger-blogger perempuan je. Dengan blogger-blogger lelaki, diorang tua ke diorang muda dari aku, aku hentam ber aku-kau jugak. LOL.

budak perasan muda dalam entri ni
Cari apa lagi? Habis dah. Daaaa. >.<