Tuesday, August 30, 2011

Satu Hari di Hari Raya, Eh, Satu Hari Satu Doodle?

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa, tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira. Eh eh, ternyanyi pulak dia. Hehe. Selamat Hari Kemenangan untuk semua umat Islam yang telah berjaya menempuhi Madrasah Ramadhan yang telah berlalu meninggalkan kita. Wuwu. Harap-harap masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun depan ye. Amin. InsyaAllah. 

Seperti yang diwarwarkan pasal 30 hari doodles yang aku nak buat sempena Ramadhan, sebab terinspirasi dengan OSM, akhirnya berjaya juga disiapkan. Heee. *Lap peluh kat dahi* Nampak macam senang, rupanya susah jugak nak fikir nak doodle apa untuk Ramadhan ni sampai ada doodle yang tak berapa nak kena sangat. Heee. Apapun, harap-harap amalan yang baik tu bolehlah diaplikasi sampai dah bukan dalam bulan Ramadhan pun. Amalan yang baik biarlah berterusan ye dak? :)
30 Hari Doodles untuk Ramadhan.
#1Ramadhan - Solat terawih
#2Ramadhan - Lewatkan bersahur
#3Ramadhan - Solat berjemaah.
#4Ramadhan - Jangan membazir di bazar Ramadhan.
#5Ramadhan - Selamat berbuka puasa.


#6Ramadhan - Kurangkan tidur siang.
#7Ramadhan - Banyakkan berdoa.
#8Ramadhan - Berubah kepada kebaikan.
#9Ramadhan - Berubah kepada kebaikan.
#10Ramadhan - Banyakkan baca Al-Quran.
#11Ramadhan - Bertadarus.
#12Ramadhan - Ramadhan checklist.
#13Ramadhan - Berhenti sebelum kenyang.
#14Ramadhan - Kurangkan lagho.
#15Ramadhan - Bertukar makanan dengan jiran.
#16Ramadhan - Menziarahi kubur yang telah pergi.
#17Ramadhan - Bersedekah.
#18Ramadhan - Berzikir.
#19Ramadhan - Baca Sirah Rasulullah.
#20Ramadhan - Hidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.
#21Ramadhan - Qiyamullail.
#22Ramadhan - Bertaubat.
#23Ramadhan - Iktikaf.
#24Ramadhan - Sabar.
#25Ramadhan - Bayar zakat fitrah.
#26Ramadhan - Menghayati alam.
#27Ramadhan - Muhasabah.
#28Ramadhan - Bermaafan dan berbuat baik pada ibu ayah.
#29Ramadhan - Balik kampung.
#30Ramadhan - Takbir raya.
Kalau rajin bolehlah lawat http://www.facebook.com/1Hari1Doodle untuk tengok doodle aku yang sebelum ni. Aku mendoodle ni secara suka-suka je pun. Dalam masa yang sama, nak improve hasil doodle sendiri dari hari ke hari. :)


Dan sekian lah. Salam Aidil Fitri 1432H/ 2011 untuk semua. Ampun maaf dipinta mencuci semua dosa.  :)

3 comments:

  1. cukup 30 hari?harap2 ko makin rajin update lepas dh ade tablet ni :P

    ReplyDelete
  2. tapi dah start kelas cemane? heee. aku pun hara aku makin rajin mendoodle and at the same time rajin belajar. :D

    ReplyDelete
  3. Minta izin guna gambar tujuan dakwah boleh?

    ReplyDelete

SENYUM. Tak perlu kata apa-apa. SENYUM! :)