Saturday, February 25, 2012

Resepi Masak-Masak at BBQ Party


Antara menu yang ada:

Ayam bakar
Ikan bakar
Sotong bakar
Sosej bakar
Kentang bakar
Mashed potato
Spaghetti
Koktail
Salad
Coleslaw

Bajet makan-makan ni untuk 20 orang. So kalau lagi ramai or lagi sikit tu, tak tahu lah bajetnya macam mana pulak. Tapi ini jelah menu yang mampu dibuat sebagai student.

Masa nak makan tu, siap ada game. Namanya game makan. Divide 2 group, lepastu tengok group mana yang berjaya habiskan makanan dulu. Bukannya apa, kalau tak buat game, ada yang mengelak nak makan. Makan sikit je. Diet konon. Lepastu nanti makanan tak habis kan dah membazir. Heee.

Resipi Sotong Bakar + Ikan Bakar

Sotong dengan ikan tu basuh-basuh bagi bersih lepastu campurkan dengan garam. Kunyit tak payah. Pastu nanti bakar terus siap boleh makan.

Resipi Kentang Bakar

Belah dua potato tu, lepastu rendam dengan air garam, balut dengan aluminium foil, then bakar. Bila makan panas-panas, dia lembut. Bila dah sejuk, dia keras so dah tak best nak makan.

Resipi Mashed Potato

Kupas potato + rebus tambah garam + Lenyekkan + Brown sauce



Resipi Ayam Barbeque

Ini resipi untuk 30 ketul ayam. Kitorang beli ayam part-part tight, drumstik and wing. Mula-mula basuh lah semua ayam tu bersih-bersih. Lepastu sedia bahan untuk gaul dengan ayam nanti.

Bawang putih 4 buku
Bawang merah 6 biji
Halia 10 cm
Serai 12 batang

Blend semua bahan ni. Lepastu tapis sebab nak bagi kering. Taknak lah bagi banyak air sangat. Then, gaulkan bahan yang kena blend ni tadi dengan ayam tu semua. Lepastu masukkan rempah ratus ni gaulkan sekali , campur dengan minyak masak sikit, and peramkan.

Serbuk jintan manis 6 sudu teh
Serbuk jintan putih 6 sudu teh
Serbuk ketumbar 6 sudu teh
Serbuk kunyit 2 sudu teh
Gula 5 sudu teh
Garam 6 sudu kecil
Kicap manis secukup rasa (taknak pun takpe)

Sebelum nak bakar atas arang, eloklah half cook 10 minit dalam microwave dulu. 5 minit pertama untuk bahagian atas. Lepastu lagi 5 minit, terbalikkan (alihkan ke bawah) ayam tu. So nanti, bila nak bakar atas arang, tak payah kena tunggu lama sangat nak siap masak kan. Tak payah letak dalam aluminium foil pun takpe je.

Bahan-bahan ni semua kitorang sediakan dalam lebih kurang 3 jam sebelum start makan-makan. Kiranya, start pukul 3, pukul 6 dah settle dah semua ni.


Resipi Coleslaw

Kobis dengan karrot sagat halus-halus. Lepastu gaulkan dengan mayonis dan gula. Terus siap. Tapi haritu kitorang ada taruk black pepper sikit kasi pedas. Memang tak jadi macam KFC punya tapi bolehlah takat nak buat makan cicah dengan ayam. Hehe.



Resipi Salad

Salad + Kobis Purple + Apple + Jagung Manis + Sayur Campur + Karrot + Sos Thousand Islands + Olive Oil

Sebenarnya semua bahan ni kena potong besar sikit. Bukannya halus macam ni. Tapi kitorang dah tersilap potong. Hentam jelah kan. Janji boleh makan. Heee.



Resipi Koktail Versi Malas


Jelly mangga (Kalau rajin, masaklah puding)
Susu sejat 4 tin
Gula secukup rasa
Koktail buah dalam tin
Nata de coco

Mula-mula masak air gula, lepastu campurkan dengan susu sejat. Masukkan semua bahan lepastu terus siap. Memang cara express gila. Minum dengan ais. Tapi ais asingkan dalam bekas lain. Sebab nanti ais mencair, terus tak sedap dah. Nak lagi sedap tambah aiskrim vanilla. Memang nyumms. Heee. :B



Resipi Spaghetti

Panaskan minyak
Cincang bawang putih 6 ulas
Rebus cili kering. Blend. Lepastu tumis sampai naik minyak. (sebab nak bagi pedas sikit kuah tu)
Masukkan tomato paste
4 biji bawang besar potong dadu
Daging cincang Ramly 2 paket
Meatball 1 paket
Cendawan butang 1 paket
3 biji lada banggali hijau potong dadu

Pastu mee dia pulak, guna pasta angel hair sebab bila halus-halus, tak muak nak makan. Panaskan air, masukkan garam. Tunggu mendidih, lepastu masukkan lah mee 2 paket. Siap.



Resipi Kek

Secret recipe. LOL. :P

Habis dah makan-makan. K. Tu je. Assalamualaikum. :)